Friday 1 July 2016

Borang Permohonan Muatturun SKM-KPK 01-(Pindaan 2/2011) SURAT PERMOHONAN UNTUK MENUBUHKAN KOPERASI Alamat: e-mel : Tarikh: Pengarah, Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri ….................................... Melalui: Pegawai Suruhanjaya Koperasi Malaysia Daerah/Wilayah........................... Tuan, PERMOHONAN UNTUK MENUBUHKAN KOPERASI Dimaklumkan bahawa, kami seperti nama tersebut di bawah memohon untuk menubuhkan sebuah koperasi bagi tujuan menjalankan aktiviti-aktiviti berikut:- a) b) c) 2. Berikut ini kami kemukakan butiran mengenai koperasi yang akan ditubuhkan:- 2 a) Nama koperasi yang dicadang : i) Pilihan pertama : ii) Pilihan kedua : b) Kawasan operasi koperasi : (kawasan di mana koperasi boleh mendapat anggotanya. Contoh: Daerah Johor Bahru, Taman Perumahan Indera Mahkota 2, Kuantan, Pahang, Negeri Perlis, Seluruh Malaysia) c) Bilangan bakal anggota : ___________ d) Kumpulan sasar bakal anggota : ______________ Sekian. Kami yang benar, Penaja I Nama : Tandatangan No. K/P : Alamat : (Jawatankuasa Penaja) e-mel : No. Telefon : Penaja II Nama : Tandatangan No. K/P : Alamat : (Jawatankuasa Penaja) e-mel : No. Telefon : Penaja III Nama : Tandatangan No. K/P : Alamat : (Jawatankuasa Penaja) e-mel : No. Telefon : 3 Panduan Menyediakan Surat Permohonan 1. Surat permohonan hendaklah dihantar kepada Pengarah SKM Negeri melalui pejabat SKM Wilayah/Daerah. Alamat pejabat SKM Negeri/Wilayah/Daerah boleh didapati melalui laman web SKM iaitu www.skm.gov.my . 2. Para 1, nyatakan aktiviti yang akan dilaksanakan seperti Jadual A di bawah. Jadual A. Fungsi dan Aktiviti Koperasi 1.FUNGSI KREDIT 2.FUNGSI PERBANKAN 3.FUNGSI PERINDUSTRIAN Aktiviti Aktiviti Aktiviti 1. Jimat cermat dan pinjaman 1. Institusi bank 1. Industri kampung 2. Perkilangan 3. Pembuatan 4.FUNGSI PENGGUNA 5.FUNGSI PERUMAHAN 6.FUNGSI PENGANGKUTAN Aktiviti Aktiviti Aktiviti 1. Pasaraya 2. Pasar mini/kedai runcit 3. Kantin 4. Restoran 5. Kedai buku sekolah, dll. 1. Membina rumah kediaman, kondominium, pangsapuri 2. Membina rumah kedai, premis perniagaan, pejabat dll. 1. Teksi, limo, bas, dll 2. Pengangkutan lori/treler/tanker, dll. 3. Pengangkutan kapal laut 4. Pengangkutan kapal terbang, dll 5. Pengangkutan feri, dll 7.FUNGSI PERTANIAN 8.FUNGSI PERKHIDMATAN 9.FUNGSI PEMBINAAN Aktiviti Aktiviti Aktiviti 1. Perladangan 2. Tanaman 3. Perikanan 4. Ternakan 5. Bioteknologi 6. Industri asas tani, dll. 1. Pelancongan, pemasaran 2. Kontrak pencucian bangunan 3. Pendidikan, ICT 4. Katering, dobi 5. Penyelaras gerakan koperasi (Kop. Atasan) 6. Penganjur acara/program promosi, dll. 1. Kontrak pembangunan daerah/kampung/mukim (KPD) 2. Kontrak pembinaan jalan 3. Kontrak membina saliran dan perparitan 4. Kontrak pembinaan bangunan, dll. 3. Para 2(a), cadangkan dua nama yang bersesuaian, sekiranya nama pertama mempunyai persamaan dengan koperasi lain yang telah didaftarkan, nama kedua akan digunapakai. 4. Para 2(b), nyatakan kawasan operasi koperasi. Kawasan operasi yang meliputi satu negeri atau dua negeri atau seluruh Malaysia hendaklah menggunakan undang-undang kecil perwakilan. 5. Para 2(c), nyatakan bilangan bakal anggota yang akan menganggotai koperasi. Bilangan minimum anggota bagi mendaftarkan sesebuah koperasi asas ialah 50 orang. 6. Para 2(d), nyatakan kumpulan sasar bakal anggota. Contoh: kakitangan kerajaan/swasta/bank, kakitangan dan pekerja kilang/ladang, petani, nelayan, belia, wanita, ibu/bapa tunggal, penduduk taman perumahan/kondominium, ahli kariah masjid, pelajar institusi pengajian tinggi, pelajar sekolah menengah, keluarga Haji Ali, golongan Orang Kelainan Upaya, dll. 7. Surat permohonan hendaklah ditandatangani oleh tiga orang penaja. 8. Suruhanjaya Koperasi Negeri akan memberi jawapan ke atas permohonan penubuhan koperasi yang lengkap dalam tempoh 14 hari. Bagi permohonan yang memerlukan kelulusan Ibu Pejabat, jawapan akan diberi dalam tempoh 30 hari dari tarikh terima tertakluk kepada maklumat yang lengkap

KELEBIHAN KOPERASI KELUARGA

http://cadanganpenubuhankoperasi.blogspot.my/2016/07/kelebihan-koperasi-keluarga.html

CADANGAN UNDANG-UNDANG KECIL KOPERASI KELUARGA WAN KELTHUM TERENGGANU

KOPERASI KELUARGA WAN KELTHUM KUALA TERENGGANU  BERHAD
SUSUNAN UNDANG-UNDANG KECIL
BAHAGIAN I
PERMULAAN
Tajuk dan mula berkuatkuasa
1.             (1) Undang-undang Kecil ini boleh dinamakan Undang-undang Kecil  Koperasi Keluarga Wan Kelthum Kuala Terengganu Berhad.
                (2) Undang-undang Kecil ini hendaklah mula berkuatkuasa pada tarikh ianya didaftarkan oleh Suruhanjaya.
Tafsiran
2. Di dalam Undang-undang Kecil ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain─
“Akta” ertinya Akta Koperasi 1993 dan pindaan yang dibuat kepadanya dari semasa ke semasa;
anggota” termasuklah seseorang yang turut sama dalam permohonan pendaftaran Koperasi ini dan yang telah menandatangan minit mesyuarat agung permulaan Koperasi dan seseorang yang diterima menjadi anggota mengikut Peraturan dan Undang-undang Kecil ini selepas pendaftaran, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
“arahan” ertinya arahan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia kepada Koperasi dari semasa ke semasa;
“aturan” ertinya aturan-aturan yang dibuat oleh Lembaga dari semasa ke semasa bagi melaksanakan mana-mana aktiviti yang dijalankan oleh Koperasi tertakluk kepada peruntukan Akta Koperasi 1993,  Peraturan, Undang-undang Kecil dan kelulusan mesyuarat agung;
“dividen” ertinya bahagian keuntungan Koperasi ini yang dibahagikan di kalangan anggotanya mengikut kadar modal syer dan modal yuran yang dipegang oleh mereka, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
“elaun” ertinya saraan yang dibayar kepada seseorang anggota Lembaga atau jawatankuasa audit dalaman bagi Koperasi ini sebagai balasan kerana khidmatnya yang diberikan kepada Koperasi ini secara tetap;
 “garis panduan” ertinya garis panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia kepada koperasi dari semasa ke semasa;
 “honorarium” ertinya suatu bahagian keuntungan bersih teraudit Koperasi yang diagihkan antara beberapa atau semua anggota Lembaga sebagai balasan bagi perkhidmatan mereka yang lazimnya tidak diberi saraan, sebagaimana yang ditakrifkan menurut  seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
 “kawasan operasi” ertinya kawasan di mana Koperasi ini dibolehkan mendapat anggotanya;
 “kesalahan boleh daftar” ertinya kesalahan yang boleh didaftarkan di bawah Akta Pendaftaran Penjenayah-Penjenayah dan Orang-Orang Tak Diingini 1969, sebagaimana yang ditakrifkan menurut Jadual Pertama dan Kedua kepada Akta itu;
 “Koperasi” atau "Koperasi ini" ertinya Koperasi Keluarga Salwa Ipoh Berhad;
 “Lembaga” ertinya badan pengelola Koperasi ini yang kepadanya pengurusan hal-ehwal Koperasi ini diamanahkan, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
 “Menteri” ertinya Menteri yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab pembangunan koperasi, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
 “pegawai” berhubung dengan Koperasi ertinya seorang pengerusi, setiausaha, bendahari atau mana-mana anggota lain Lembaga, dan termasuklah ketua pegawai eksekutif, mana-mana orang yang diberi kuasa oleh Lembaga, Peraturan atau perintah atau Undang-undang Kecil untuk memberi arahan berkenaan dengan urusan Koperasi ini, atau mana-mana pekerja, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
“pelantikan” termasuklah apa-apa pelantikan atau pelantikan semula, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
 “Pengerusi Eksekutif” ertinya Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
 “Peraturan” ertinya peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta Koperasi 1993 dan pindaan-pindaan yang dibuat kepadanya dari semasa ke semasa;
 “potongan langganan” ertinya bahagian keuntungan Koperasi ini yang dibahagikan di kalangan anggota-anggotanya mengikut kadar banyaknya perniagaan yang dilakukan oleh mereka dengan Koperasi ini dan yang daripadanya keuntungan Koperasi ini diperoleh, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
 “prinsip koperasi” termasuklah─
(a)          keanggotaan sukarela dan terbuka;
(b)          kawalan demokratik  oleh anggota;
(c)          penglibatan ekonomi oleh anggota;
(d)         autonomi dan kebebasan
 (e)          pendidikan, latihan dan maklumat;
(f)            kerjasama antara koperasi;
sebagaimana yang ditakrifkan menurut  seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
 “pulangan” termasuklah apa-apa bentuk sewaan, pulangan, dividen atau faedah, termasuk apa-apa fi atau hadiah, yang kena dibayar atau akan diberikan berhubung dengan apa-apa urusniaga, transaksi atau surat cara, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
 “sabitan” termasuklah sesuatu dapatan bersalah dan pembuktian kesalahan, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
 “simpanan khas” ertinya wang yang didepositkan oleh seseorang anggota dengan Koperasi ini dengan niat nyata untuk menggunakan wang yang didepositkan untuk suatu maksud yang dinyatakan yang dibenarkan di bawah Peraturan, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
 “subsidiari” ertinya sesuatu syarikat, sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta Syarikat 1965, yang komposisi Lembaga Pengarahnya atau lebih daripada separuh kuasa mengundinya dikawal oleh Koperasi ini, atau yang lebih daripada separuh modal syer diterbitkannya dipegang oleh Koperasi ini, dan termasuklah sesuatu subsidiari, sebagaimana yang ditakrifkan dalam Akta itu, bagi syarikat itu, sebagaimana yang ditakrifkan  menurut  seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
 “Suruhanjaya” ertinya Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia 2007, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
 “syer” ertinya bahagian dalam modal syer Koperasi ini yang disumbangkan oleh seseorang anggota berkenaan dengan keanggotaannya dalam Koperasi ini, sebagaimana yang ditakrifkan menurut  seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
 “Undang-undang Kecil” ertinya undang-undang kecil berdaftar yang dibuat oleh Koperasi ini pada menjalankan apa-apa kuasa yang diberikan oleh Akta Koperasi 1993 dan termasuklah sesuatu pindaan berdaftar Undang-undang Kecil, sebagaimana yang ditakrifkan menurut  seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
 “wang berlebihan” ertinya tertakluk kepada Peraturan, wang yang melebihi amaun yang diperlukan oleh Koperasi ini bagi kegunaan segera sebagai modal kerja bagi perniagaannya, yang boleh didepositkan atau dilaburkan di luar Koperasi ini tanpa menjejaskan pengendalian perniagaan itu, sebagaimana yang ditakrifkan menurut seksyen 2 Akta Koperasi 1993;
 “yuran” ertinya jumlah wang yang disumbangkan pad lat-lat masa yang tetap oleh seseorang anggota berkenaan dengan keanggotaannya dalam Koperasi ini dan tidak boleh dikeluarkan kecuali menurut syarat yang ditetapkan dalam Undang-undang Kecil atau apabila tamat keanggotaannya, sebagaimana yang ditakrifkan menurut Seksyen 2 Akta Koperasi 1993.
Perkataan perkataan yang bererti tunggal atau jamak, masing masing hendaklah meliputi tunggal dan jamak dan perkataan yang bererti jenis hendaklah juga meliputi jenis perempuan.
Perubahan dari segi nahu, jenis jantina dan bilangan
3              (1) Jika mana-mana perkataan atau perbahasan ditakrif dalam              sesuatu undang-undang bertulis takrif itu hendaklah diperluaskan        kepada segala perubahan - perubahan nahu dan perbahasan-             perbahasan kognat perkataan itu atau perbahasan yang ditakrifkan.
                (2) Perkataan-perkataan dan perbahasan-perbahasan yang   memaksudkan jenis lelaki meliputi perempuan.
                (3) Perkataan-perkataan dan perbahasan-perbahasan dalam                bilangan tunggal meliputi bilangan jamak, dan perkataan-perkataan              dan perbahasanperbahasan dalam bilangan jamak meliputi bilangan                 tunggal.
BAHAGIAN II
NAMA, ALAMAT BERDAFTAR DAN KAWASAN OPERASI

Nama
4..Menurut subseksyen 7(4) dan (5) Akta, Koperasi ini hendaklah dinamakan  Koperasi Keluarga Wan Kelthum Berhad..

Alamat
5.         (1)       Alamat yang didaftarkan bagi Koperasi ini ialah No.973 Kampung Tok Kaya, 20050 Kuala Terengganu. Terengganu.
            (2)       Koperasi hendaklah memberitahu kepada Suruhanjaya dalam tempoh tiga puluh hari tentang tiap-tiap pertukaran alamat menurut seksyen 11 Akta.
 Kawasan operasi
6.         Kawasan operasi Koperasi ini ialah Seluruh Negeri Terengganu.

                                                BAHAGIAN III
MATLAMAT, FUNGSI DAN AKTIVITI
 Matlamat
7. Menurut subseksyen 4(1) Akta, matlamat Koperasi ini ialah untuk meningkatkan  kepentingan ekonomi anggotanya mengikut prinsip koperasi.
 Fungsi
8. Fungsi utama Koperasi ini ialah Pengguna.
 Aktiviti
9.             (1) Bagi mencapai matlamat dan fungsi menurut undang-undang         kecil 7 amnya dan 8 khasnya, Koperasi boleh, tertakluk kepada peruntukan Akta dan Peraturan, menjalankan aktiviti berikut:
                                (a) menjalankan perniagaan pasarmini / kedai runcit;
                                (b) menjalankan perniagaan pelancongan;
                                (c) menjalankan aktiviti perladangan ;
                                (d) menjalankan lain lain aktiviti yang dapat mendatangkan  faedah kepada angota angota koperasi..
                (2) Bagi menjayakan aktiviti menurut fasal (1), Koperasi boleh  mendapatkan─
                                (a) modal dengan cara mengumpul syer, deposit, pinjaman  atau simpanan khas daripada anggota; dan
                                (b) deposit atau pinjaman daripada bukan anggota dengan   kelulusan Suruhanjaya menurut perenggan   50(e), subseksyen 52(2), seksyen 52A Akta dan Peraturan.
                (3) Bagi mengendalikan sesuatu aktiviti menurut fasal (1), Lembaga    hendaklah membuat aturan aktiviti yang sesuai yang diluluskan oleh    mesyuarat agung dan satu salinan hendaklah dikemukakan kepada    Suruhanjaya dalam tempoh tiga puluh hari selepas diluluskan oleh    mesyuarat agung  itu.
                (4) Bagi maksud perenggan 50 (e) Akta, sesuatu Koperasi      hendaklah─
                                (a) Menyatakan dalam undang-undang kecilnya, aktiviti  yang berhubungan dengan deposit atau pinjaman daripada  anggota atau bukan anggota;
                                (b) menyatakan terma dan syarat bagi setiap aktiviti dalam  aturan yang berasingan;
                                (c) membentangkan aturan itu dalam mesyuarat agung  untuk kelulusan; dan
                                (d) mengemukakan aturan itu kepada Suruhanjaya dalam  masa tiga puluh hari selepas aturan itu diluluskan oleh   mesyuarat agung. Walau apapun Suhanjaya boleh  mengarahkan supaya aturan dipinda, jika perlu, demi   kepentingan koperasi.
                (5) Walau apapun peruntukan undang-undang kecil ini, setiap aktiviti   yang hendak dijalankan adalah tertakluk kepada peruntukan mana-  mana undang-undang bertulis lain.

BAHAGIAN IV
KEANGGOTAAN
 Anggota
10. Anggota Koperasi ini termasuklah seseorang yang turut sama dalam permohonan mendaftarkan Koperasi ini dan yang telah menandatangan minit mesyuarat agung permulaan Koperasi dan seseorang yang diterima menjadi anggota menurut Peraturan dan Undang-undang Kecil ini selepas pendaftaran.
  Kelayakan menjadianggota
11.       (1) Keanggotaan Koperasi ini terbuka kepada  semua keluarga Almarhun Hajjah Wan Kelthum binti Wan Muda dan Almarhum Wan Muda Bin Nik Mat.
            (2) Seseorang yang ingin menjadi anggota Koperasi ini mestilah─
                                (a) warganegara Malaysia;
                                (b) telah mencapai umur lapan belas tahun;
                                (c)  bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar, atau  bankrap yang belum dilepaskan, atau pernah dibuang  daripada keanggotaan mana-mana koperasi dalam tempoh   satu  tahun.

Permohonan menjadi anggota
12. Permohonan menjadi anggota hendaklah dibuat dalam borang rasmi Koperasi ini dan dialamatkan kepada setiausaha Koperasi atau pegawai Koperasi yang dipertanggungjawabkan.
 Fi masuk
13.          (1) Tiap-tiap permohonan menjadi anggota hendaklah disertakan  dengan fi masuk sebanyak RM50.00 (Ringgit: Lima Puluh). Fi               masuk itu menurut perenggan 50(a) Akta akan dikembalikan kepada   pemohon jika permohonannya ditolak oleh Lembaga.
                (2) Bekas anggota yang memohon untuk menjadi anggota semula  dikenakan fi masuk sama sebanyak RM50.00 (Ringgit: Lima puluh).
                (3) Penama atau wakil yang sah kepada anggota yang mati jika   memohon untuk menjadi anggota dalam tempoh tiga bulan selepas  kematian anggota itu, tidak dikenakan fi masuk.
                (4)Semua fi masuk hendaklah dikreditkan ke dalam akaun untung  rugi.
 Ikrar anggota
14.          (1) Seseorang yang memohon untuk menjadi anggota  hendaklah menandatangan suatu ikrar bahawa dia─
                                (a) akan terikat dengan Undang-undang Kecil ini dan aturan  aktiviti yang sedia ada serta apa-apa pindaan;
                                (b) bukan seorang bankrap yang belum dilepaskan;
                                (c) bukan seorang yang terhadapnya masih berkuatkuasa                       suatu sabitan bagi kesalahan yang boleh daftar; dan
                                (d) tidak pernah dibuang daripada keanggotaan mana-mana                                 koperasi dalam tempoh satu tahun.
                (2) Mana-mana pemohon yang enggan menandatangan ikrar                tersebut tidak boleh diterima menjadi anggota.
                (3) Seseorang yang telah menjadi anggota dengan sebab turut sama dalam membuat permohonan bagi pendaftaran Koperasi ini dan    mereka yang telah menandatangan minit mesyuarat agung    permulaan Koperasi ini, dikehendaki menandatangan ikrar menurut                 fasal (1) dalam tempoh empat puluh lima hari selepas diterima            perakuan pendaftaran Koperasi. Kegagalan menandatangan ikrar         tersebut boleh menyebabkan dia disingkir.
 Penerimaan menjadi anggota
14. Permohonan menjadi anggota hendaklah dipertimbangkan oleh Lembaga dalam mesyuaratnya yang boleh menerima atau menolak sesuatu permohonan itu tanpa menyatakan sebabnya. Seseorang yang diterima menjadi anggota hendaklah diberitahu secara bertulis dalam tempoh tidak lewat daripada tiga puluh hari selepas penerimaannya itu.
 Perolehan hak, kewajipan dan liabiliti anggota
15. Menurut seksyen 28 Akta, tiap-tiap anggota yang telah menjelaskan bayaran RM100.00 (RinggitMalaysia: Satu ratus) syer boleh melaksanakan segala hak, kewajipan dan liabiliti sebagai seorang anggota, sebagaimana yang terkandung di dalam Undang-undang Kecil ini.
 Pemberian Undang-undang Kecil
16. Tiap-tiap anggota hendaklah diberi dengan percuma satu naskah Undang-undang Kecil ini. Naskah tambahan akan dikenakan bayaran.RM10 (Ringgit Malaysia Sepupuh)

Penama
17.          (1) Tiap-tiap anggota hendaklah menamakan seorang wakil di sisi       undang-undang untuk menerima setelah dia mati, wang yang terhak           baginya di dalam Koperasi ini bagi diagihkan kepada waris yang          berhak mengikut hukum Islam.
                (2) Anggota itu boleh dari semasa ke semasa membatalkan atau         menukar penamaan tersebut dan hendaklah memberitahu Koperasi      akan perubahan, jika ada, mengenai penamaan itu.
                (3) Penamaan hendaklah dibuat dalam borang rasmi Koperasi.
                (4) Tertakluk kepada undang-undang kecil 11, seseorang penama       boleh diterima menjadi anggota dan penama yang demikian itu          hendaklah dianggap telah menjadi anggota mulai tarikh anggota          yang digantikannya itu diterima sebagai anggota.
 Liabiliti anggota
18.          (1) Liabiliti seseorang anggota hendaklah terhad kepada jumlah syer yang dimilikinya sekiranya pendaftaran Koperasi ini dibatalkan.
                (2) Liabiliti seseorang bekas anggota hendaklah tidak berterusan         lebih daripada dua tahun dari tarikh keanggotaannya terhenti,                 menurut subseksyen 35(1) Akta.
                (3) Harta pusaka seseorang anggota yang telah mati tidak      bertanggungan bagi hutang Koperasi ini, sebagaimana yang ada                 pada tarikh kematiannya, melebihi tempoh dua tahun dari tarikh            kematian itu menurut subseksyen 35(2) Akta.
                (4) Harta pusaka menurut fasal (3) adalah syer dan yuran dalam           Koperasi ini.
 Hilang kelayakan sebagai anggota
19. Seseorang anggota akan hilang kelayakannya sebagai anggota jika dalam tempoh menjadi anggota, dia─
                                (a)  tidak upaya dari segi mental;
                                (b)  seorang bankrap yang  belum dilepaskan;
                                (c)  seorang yang terhadapnya masih berkuat kuasa suatu                      sabitan bagi kesalahan boleh daftar;
                                (d) telah dibuang daripada menjadi anggota di bawah Akta                     ini dan suatu tempoh selama satu tahun belum lagi berlalu                            dari tarikh pembuangan itu; atau
                                (e)  tidak lagi bermastautin, mempunyai hartanahdan                                               bekerja dalam kawasan operasi Koperasi.
 Terhenti menjadi anggota
20.          (1) Keanggotaan  seseorang   anggota   terhenti  atas sebab berikut:
                                (a) mati;
                                (b) menarik diri menurut undang-undang kecil 22; atau
                                (c) dibuang menurut undang-undang kecil 23.
                (2) Lembaga hendaklah menyingkir seseorang anggota yang─
                                (a) didapati membuat ikrar palsu menurut undang-undang                      kecil 14;
                                (b) hilang kelayakan sebagai anggota menurut undang-                          undang kecil 20;
                                (c) terhenti keanggotaannya menurut perenggan (c) fasal                        (1); atau
                                (d) gagal menjelaskan syer minimum menurut undang-                           undang kecil 54.

Menarik diri
21.          (1)Seseorang anggota boleh menarik diri daripada Koperasi ini            dengan memberi notis bertulis dua belas bulan terlebih dahulu   kepada Lembaga. Atas sebab yang munasabah, Lembaga boleh         membenarkan penarikan diri dalam tempoh yang singkat.
                (2) Melainkan tarikh lebih awal dipersetujui oleh Lembaga, maka          keanggotaan anggota itu hendaklah terhenti hanya pada hari genap            tempoh notisnya.
                (3) Dalam tempoh notis itu, anggota yang demikian hendaklah masih mempunyai hak, kewajipan dan liabiliti sebagai seorang anggota.
Penggantungan dan pembuangan anggota
22.          (1) Lembaga boleh menggantung keanggotaan seseorang jika             majoriti anggota Lembaga berpuas hati bahawa anggota itu telah bertindak mengikut suatu cara yang memudaratkan kepentingan        Koperasi jika didapati melakukan mana-mana satu daripada perkara                 berikut:
                                (a) merujukkan pertikaian atau aduan kepada mana-mana                     orang selain daripada Suruhanjaya;
                                (b) membuat kenyataan dalam akhbar atau mana-mana                         media massamengenai Koperasi ini tanpa kebenaran                            Lembaga;
                                (c) membuat tuduhan palsu ke atas anggota Lembaga atau                   anggota atau bekas anggota atau pekerja Koperasi ini;
                                (d) memburuk-burukkan Koperasi sehingga mencemarkan                    nama baik dan menjejaskan urusan perniagaan Koperasi                               ini; atau
                                (d) bertindak di luar etika mesyuarat di dalam mana-mana                      mesyuarat  sehingga menjejaskan perjalanan mesyuarat itu.
                (2) Keputusan untuk menggantung keanggotaan mana-mana                anggota boleh dibuat oleh Lembaga hanya setelah anggota                 berkenaan itu diberitahu secara bertulis mengenai tuduhan yang          jelas terhadapnya. Anggota berkenaan hendaklah diberi peluang                 untuk menyatakan sebab secara bertulis dalam tempoh dua puluh       satu hari dari tarikh surat diterima mengapa keanggotaannya tidak     boleh digantung.
                (3)Tiap-tiap kes penggantungan hendaklah dibentangkan kepada        mesyuarat agung yang terawal dan dijadikan sebagai fungsi pertama    mesyuarat, dan anggota yang digantung keanggotaannya itu hendaklah diberitahu secara bertulis tidak kurang daripada lima belas           hari sebelum diadakan mesyuarat, tentang tarikh, masa, tempat dan   haknya untuk membela diri akan dijalankan di mesyuarat itu.
                (4)Keputusan mengesahkan penggantungan dan membuang atau      mengenepikan penggantungan itu boleh dibuat oleh mesyuarat             agung dengan undi dua pertiga daripada anggota yang hadir-
                                (a)  selepas mendengan penjelasan daripada anggota                            berkenaan sekiranya anggota berkenaan hadir; atau
                                (b)  selepas menimba fakta pertuduhan yang dibentangkan                    oleh Lembaga, sekiranya anggota tersebut tidak hadir.
                (5)Sehingga perkara penggantungan keanggotaannya diputuskan        oleh mesyuarat agung, anggota yang berkenaan itu tidak mempunyai          apa-apa hak dan kewajipan sebagai anggota melainkan hak                menyuarakan hal penggantungan keanggotaannya itu di dalam           mesyuarat agung.
 Penyelesaian wang anggota
23.          (1) Jika seseorang anggota terhenti daripada menjadi anggota Koperasi ini menurut undang-undang  kecil 21, semua wang kepunyaannya melainkan nilai syer dan yuran miliknya, setelah ditolak hutangnya dengan Koperasi ini hendaklah─
                                (a) sekiranya dia ditamatkan keanggotaannya, dikembalikan                  kepadanya dengan segera tanpa apa-apa syarat;
                                (b) sekiranya dia hilang keupayaan dari segi mental dan                         tiada pentadbir atau pemegang amanah bagi hartanya yang                       telah dilantik, dikembalikan kepada sesiapa yang difikirkan                     wajar untuk menerima bagi pihaknya sebaik sahaja                                      penerima itu ditentukan;
                                (c) sekiranya dia mati, dikembalikan kepada penamanya                         atau warisnya atau wakilnya yang sah, menurut seksyen 24                           Akta, disyaratkan bahawa bagi seseorang anggota Muslim,                    pengembalian tidak boleh dibuat melainkan kepada                                              wakilnya yang sah atau kepada Pegawai Pentadbir Pusaka                    jika selepas enam bulan dari tarikh kematiannya, wakilnya                         yang sah tidak dapat dipastikan atau tidak dilantik;
                                (d) sekiranya dia menarik diri, dikembalikan kepadanya                           selepas akhir tempoh notis; dan
                                (e) sekiranya dia tidak lagi bermastautin, mempunyai                                               hartanah dan bekerja dalam kawasan operasi Koperasi,                               dikembalikan kepadanya dengan sewajarnya.
                (2) Penyelesaian mengenai syer dan yuran seseorang yang terhenti    keanggotaannya sebagaimana yang ditentukan dalam akaun teraudit      terakhir Koperasi ini, hendaklah tertakluk kepada peruntukan                 undang-undang kecil 56 dan 57.


BAHAGIAN V
ORGANISASI DAN PENGURUSAN KOPERASI
Mesyuarat agung
24.          (1) Tertakluk kepada peruntukan Akta, Peraturan, arahan atau garis      panduan yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya dari semasa ke semasa           dan Undang-undang Kecil, kuasa tertinggi bagi Koperasi ini   hendaklah terletakhak pada mesyuarat agung, menurut seksyen 36           Akta, yang padanya tiap-tiap anggota mempunyai hak untuk hadir          dan mengundi.
                (2) Mesyuarat agung hendaklah terbahagi kepada dua jenis iaitu           mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat agung khas.
Mesyuarat agung tahunan
25. Mesyuarat agung tahunan menurut subseksyen 39(1) Akta, hendaklah diadakan tidak lewat daripada enam bulan selepas berakhirnya setiap tahun kewangan atau tempoh yang lebih panjang sebagaimana yang diluluskan oleh Suruhanjaya.
Mesyuarat agung khas
26.          (1) Lembaga pada bila-bila masa boleh, atau apabila ada rekuisisi      yang ditandatangan oleh sekurang-kurangnya satu perlima atau satu                ratus   anggota mengikut mana yang kurang hendaklah, memanggil    suatu mesyuarat agung khas menurut subseksyen 40(1) Akta.
                (2) Suruhanjaya atau mana-mana orang yang diberi kuasa oleh            Suruhanjaya menurut subseksyen 40(2) Akta, boleh memanggil pada                 bila-bila masa suatu mesyuarat agung khas, mengikut cara, masa       dan tempat yang diarahkannya, dan boleh menentukan perkara yang     hendaklah dibincangkan oleh mesyuarat itu, dan mesyuarat itu              hendaklah mempunyai segala kuasa dan tertakluk kepada kaedah               yang sama seperti mesyuarat agung yang dipanggil menurut Akta        atau Undang-undang Kecil ini.
Notis mesyuarat agung
27.          (1) Notis bagi sesuatu mesyuarat agung hendaklah diberi kepada        anggota dalam tempoh tidak kurang daripada lima belas hari         sebelum diadakan mesyuarat agung itu.
                (2) Notis hendaklah menentukan tarikh, masa, tempat dan fungsi         mesyuarat dan bagi mesyuarat agung tahunan hendaklah             disertakan─
                                (a)akaun dan kunci kira-kira Koperasi ini dan subsidiarinya,                    jika ada, yang teraudit;
                                (b) belanjawan bagi tahun kewangan yang akan datang;
                                (c) laporan Lembaga;
                                (d) laporan Jawatankuasa Audit Dalaman; dan
                                (e) dokumen lain yang berkaitan.
                (3) Satu salinan notis hendaklah dipamerkan di pejabat Koperasi ini    dan sebagai tambahan boleh juga diterbitkan di dalam mana-mana         akhbar tempatan.
                (4) Menurut seksyen 41 Akta, Lembaga hendaklah memberi kepada    Suruhanjaya notis bertulis yang mengandungi maklumat tentang tarikh, masa, tempat dan fungsi mesyuarat agung yang akan diadakan oleh Koperasi dalam tempoh tidak kurang daripada tiga                 puluh hari sebelum diadakan mesyuarat agung itu.
Kuorum mesyuarat agung
28.          (1) Kuorum bagi sesuatu mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat     agung khas bagi apa-apa maksud adalah seperti yang ditetapkan di         bawah Peraturan.
                (2) Kuorum bagi sesuatu mesyuarat agung tahunan dan mensyuarat   agung khas kerana meminda Undang-undang Kecil  ini, hendaklah             dua pertiga dari jumlah anggota atau 50 anggota, melainkan kuorum   terkurang dibenarkan oleh Suruhanjaya menurut Peraturan.
                (3) Bagi sesuatu mesyuarat agung khas yang dipanggil oleh Suruhanjaya menurut fasal (2) undang-undang kecil 27 yang                 ditunda─
                                (a) kuorum hendaklah tidak kurang daripada dua kali ganda                   bilangan anggota Lembaga atau dua puluh orang mana                          yang lebih; dan
                                (b) keputusan boleh dibuat dengan kelebihan undi dua                            pertiga  daripada anggota yang hadir dan layak mengundi                             menurut Akta dan Peraturan.
 Undi mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat agung khas
29.          (1) Semua perbahasan kecuali yang berkaitan dengan pindaan             Undang-undang Kecil dan pombuangan anggota di bawah fasal (4)    undang-undang kecil 23 hendaklah diputuskan dengan majoriti            mudah undi anggota yang hadir sebagaimana di dalam daftar         kehadiran.
                (2) Jika undi sama banyak, maka usul yang diundi itu hendaklah           disifatkan kalah.  Anggota yang berkecuali dianggap tidak                 menyokong usul itu.
                (3) Pengerusi mesyuarat tidak mempunyai undi pemutus.
 Pembatalan dan penangguhan mesyuarat agung tahunan
30.          (1) Jika selepas tiga puluh minit daripada waktu yang ditetapkan bagi sesuatu mesyuarat agung tahunan itu, bilangan yang hadir masih          belum mencukupi kuorum, maka mesyuarat agung tahunan itu             bolehlah dibatalkan dan hendaklah dipanggil semula oleh Lembaga      dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh mesyuarat agung yang             dibatalkan dengan membincangkan fungsi mesyuarat yang sama.
                (2) Notis tidak perlu bagi mesyuarat yang ditangguhkan itu.
Pembatalan dan tundaan mesyuarat agung khas
30A.        (1) Jika selepas tiga puluh minit daripada waktu yang ditetapkan bagi sesuatu mesyuarat agung khas itu bilangan anggota yang hadir             masih belum mencukupi kuorum, maka mesyuarat agung itu –
                                (a) dibatalkan, jika dipanggil oleh Lembaga atau atas                                               rekuisisi anggota; atau
                                (b) ditunda, jika dipanggil oleh Suruhanjaya menurut                                                subseksyen 40(2) Akta.
                (2) Bagi mesyuarat yang ditunda menurut perenggan (b) fasal (1) –
                                (a) Tarikh mesyuarat tertunda hendaklah tidak kurang                               daripada empat belas hari tetapi tidak melebihi daripada tiga                        puluh hari; dan
                                (b)  Notis penundaan hendaklah disampaikan dalam tempoh                                tujuh hari dari tarikh mesyuarat yang ditunda.
                (3)  Perkara yang telah dicadangkan bagi mesyuarat agung yang
                ditunda hendaklah dibincangkan pada mesyuarat tertunda itu. Jika
                terdapat perubahan kepada perkara yang telah dicadangkan itu, notis
                baru menurut fasal (1) undang-undang kecil 28 hendaklah diberi
                kepada tiap-tiap anggota bagi mesyuarat tertunda itu.
Fungsi mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat agung khas
31.          (1)Menurut mesyuarat agung tahunan hendaklah termasuk yang           berikut:
                                (a) mengesahkan minit mesyuarat agung tahunan yang                           terdahulu dan mana-mana mesyuarat agung khas yang                             berselang;
                                (b) menimbang laporan Lembaga dan Jawatankuasa Audit                    Dalaman;
                                (c) menimbang dan meluluskan akaun teraudit Koperasi dan                                 subsidiarinya, jika ada, termasuk pembahagian keuntungan                                bersama dengan laporan juruaudit;
                                (d)memilih anggota Lembaga;
                                (e) menimbang dan meluluskan belanjawan tahunan bagi                      tahun kewangan yang akan datang;
                                (f)  membentangkan laporan berkenaan dengan penerimaan                                 deposit dan pinjaman daripada anggota dan bukan anggota;
                                (g) meluluskan elaun kepada anggota Lembaga dan saraan                  kepada anggota Lembaga yang dilantik sebagai pengarah                              bagi subsidiari Koperasi, jika ada;
                                (h)  meluluskan pelantikan satu panel yang terdiri daripada                     tidak kurang daripada dua orang juruaudit yang diluluskan                             oleh Suruhanjaya dan seorang pegawai Suruhanjaya untuk                    mengaudit akaun Koperasi;            
                                (i) menimbang dan meluluskan ruang lingkup dan had                            pelaburan yang dibiayai oleh wang lebihan Koperasi;
                                (j) menimbang dan meluluskan surat cara deposit atau                           pinjaman;
                                (k) menentukan had maksimum keterhutangan;
                                (l)) melantik suatu jawatankuasa yang terdiri daripada enam                  orang anggota dan empat orang anggota Lembaga untuk                   menentusahkan draf minit mesyuarat agung tahunan;
                                (m) mengisytihar atau menerbitkan syer bonus, jika ada;
                                (n) mendengar, menimbang atau memutuskan apa-apa                          cadangan atau urusan perniagaan lain Koperasi yang                       baginya suatu notis tidak kurang daripada tujuh hari telah                        diberikan;
                                (o) menimbang dan meluluskan apa-apa cadangan pindaan                                 kepada Undang-undang Kecil Koperasi;
                                (p) mendengar dan memutuskan apa-apa aduan, yang                            baginya suatu notis yang tidak kurang daripada tujuh hari                               telah diberikan kepada Koperasi ini, yang dikemukakan oleh                  mana-mana anggota yang terkilan dengan keputusan                                              Lembaga; dan
                                (q) menimbang dan meluluskan apa-apa laporan yang                            dikehendaki supaya dikemukakan menurut Peraturan, jika                      ada.
                (2) Walau apapun fasal (1), fungsi di dalam perenggan (g), (h), (i), (j),   (k), (l), (m), (n), (o), (p) dan (q) bolehlah diputuskan dalam mesyuarat             agung khas di bawah subseksyen 40(1) Akta.
                (3) Walau apapun fasal (1), mesyuarat agung khas yang akan                diadakan oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen 40(2) Akta boleh             menjalankan kesemua atau mana-mana fungsi di bawah fasal (1).
Pengerusi mesyuarat agung
32.          (1) Mesyuarat hendaklah memilih mana-mana anggota yang hadir       untuk mempengerusikan mesyuarat agung tahunan dan mesyuarat             agung khas.
                (2) Walau apapun fasal (1) mesyuarat agung khas yang dipanggil         oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen 40(2) Akta boleh                 dipengerusikan oleh mana-mana orang yang diberi kuasa oleh             Suruhanjaya.
 Lembaga Koperasi
33.  Lembaga Koperasi hendaklah mengandungi sembilan orang yang terdiri daripada anggota yang dipilih oleh mesyuarat agung, menurut seksyen 42 Akta dan perenggan (d) fasal (1) undang-undang kecil 32.
 Kelayakan menjadi anggota Lembaga
34.          (1) Tiada seorang pun layak menjadi anggota Lembaga atau kekal       sebagai seorang anggota Lembaga, jika dia─
                                (a) telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta;
                                (b) telah dipecat sebagai seorang pegawai sesuatu                                                 Koperasi; 
                                (c) menjadi anggota Jawatankuasa Audit Dalaman bagi                           Koperasi ini;
                                (d) ada percanggahan kepentingan dalam mana-mana                           aktiviti yang diusahakan oleh Koperasi ini; atau
                                (e) belum genap tempoh dua tahun menjadi anggota                                               Koperasi yang telah didaftarkan melebihi dua tahun.
                (2)  Walau apapun fasal (5) undang-undang kecil 18, seorang                penama atau wakil yang diterima menjadi anggota yang belum genap        tempoh dua tahun dari tarikh diterima menjadi anggota tidak layak        untuk dipilih menjadi anggota Lembaga.
 Tempoh memegang jawatan anggota Lembaga
35.          (1) Sekurang-kurangnya satu pertiga daripada anggota Lembaga         hendaklah mengosongkan jawatan secara bergilir-gilir pada tiap-tiap       mesyuarat agung tahunan.
                (2) Aturan yang ditetapkan menurut fasal (1) hendaklah bergilir-gilir      tiap-tiap tahun bagi dua pertiga anggota Lembaga yang selainnya              supaya pada permulaan tahun keempat atau lebih awal daripada itu,   kesemua anggota Lembaga hendaklah telah mengosongkan jawatan    masing-masing sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh tigatahun sebelum itu.
                (3) Pelantikan seseorang anggota Lembaga yang dibuat menurut         subsubperenggan 69(1)(iv)(B) Akta tidak tertakluk kepada fasal (2).
                (4) Sekiranya mesyuarat agung tahunan tidak diadakan maka                penggiliran pengosongan jawatan tetap berlaku. Pengguguran akan             berlaku pada mesyuarat agung tahunan yang terdekat diadakan.
                (5) Kekosongan jawatan anggota Lembaga hendaklah dalam tempoh                 enam puluh hari dari tarikh kekosongan itu diisi oleh Lembaga     dengan melantik mana-mana anggota yang berkelayakan dan               perkhidmatannya hendaklah tamat sehingga mesyuarat agung                tahunan akan datang.
Lucut dan penggantungan  jawatan anggota Lembaga
36.         (1) Seseorang anggota Lembaga hendaklah lucut jawatannya dengan sendiri berkuat kuasa serta-merta jika dia─
                                (a) disabitkan atas kesalahan boleh daftar atau kesalahan                      menurut Akta atau Peraturan; 
                                (b)  menerima apa-apa pelantikan tetap yang bergaji dalam                   Koperasi ini;
                                (b)  tidak hadir di dalam mesyuarat Lembaga tiga kali                                               berturut-turut, melainkan dengan sebab yang boleh diterima                            oleh Lembaga yang telah dimaklumkan terlebih dahulu; atau
                                (c)  hilang kelayakan sebagai anggota, menurut undang-                         undang kecil 20.
                (2) Seseorang anggota Lembaga hendaklah digantung dari   jawatannya jika─
                                (a) sesuatu langkah perbicaraan diambil terhadap anggota                    Lembaga itu mengenai sesuatu kesalahan boleh daftar atau                                 sesuatu kesalahan menurut subseksyen 47(1) Akta; atau
                                (b) majoriti anggota Lembaga berpuas hati bahawa anggota                  Lembaga itu telah bertindak dengan cara yang                                                 memudaratkan kepentingan Koperasi ini, menurut                                    Peraturan.
                (3) Tiap-tiap kes penggantungan menurut perenggan (b) fasal (2),        hendaklah─
                                (a) didengar oleh mesyuarat agung yang terawal diadakan                      selepas penggantungan itu;
                                (b) anggota itu telah diberitahu secara bertulis akan                                  kesalahannya dalam masa tujuh hari sebelum diadakan                               mesyuarat agung; dan
                                (c) anggota itu diberi peluang membela diri dalam                                     mesyuarat agung itu.
                (4) Anggota Lembaga yang dikenakan tindakan penggantungan itu
                hendaklah –
                                (a) Diberhentikan semua hak atau fungsi atau tugas                                                 berkenaan dengan jawatan itu; dan
                                (b) Diberhentikan semua saraan yang diterima semasa
                                memegang jawatan.
                (5) Keputusan mengesahkan pemecatan atau mengetepikan
                penggantungan jawatan anggota Lembaga itu hendaklah dibuat oleh mesyuarat agung dengan undi majoriti anggota yang hadir-
                                (a) Selepas mendengar penjelasan daripada anggota                                             Lembaga itu  sekiranya dia hadir; atau
                                (b) Selepas mendengar dan menimbangkan fakta                                     pertuduhan yang dibentangkan oleh Lembaga, sekiranya                              dia tidak hadir.
                (6) Jika mesyuarat agung mengesahkan penggantungan menurut
                fasal (5), dia hendaklah dipecat jawatannya dengan serta merta.
                (7)Jika mesyuarat agung mengetepikan penggantungannya maka
                semua saraan yang sepatutnya diterima boleh dibayar kepadanya.
Penamatan perlantikan anggota Lembaga
37.          (1) Walau apa pun peruntukan fasal (1) undang-undang kecil 36,          mesyuarat agung mempunyai kuasa menurut Peraturan─
                                (a) untuk menamatkan pelantikan mana-mana atau                                  kesemua anggota Lembaga pada bila-bila masa; dan
                                (b) memilih gantinya dengan syarat bahawa usul secara                         bertulis untuk menamatkan pelantikan anggota Lembaga itu                         hendaklah disampaikan kepada Koperasi dalam tempoh                        tujuh hari sebelum mesyuarat agung itu diadakan.
                (2) Keputusan untuk menamatkan pelantikan seseorang atau                kesemua anggota Lembaga hanya boleh dibuat selepas mesyuarat             agung itu mendengar penjelasan anggota Lembaga yang terlibat.

                (3) Anggota Lembaga yang ditamatkan pelantikannya menurut               undang-undang kecil ini tidak boleh dilantik semula sehingga               mesyuarat agung tahunan yang akan datang.
 Mesyuarat Lembaga
38.          (1) Mesyuarat  Lembaga  pertama hendaklah─
                                (a) diadakan sebaik sahaja selesai mesyuarat agung                                              tahunan; dan
                                (b) melantik di kalangan anggota Lembaga seorang                                                 pengerusi, setiausaha dan bendahari.
                (2) Mesyuarat Lembaga yang berikutnya hendaklah diadakan                 sekurang-kurangnya sekali dalam tempoh  dua  bulan.
                (3) Mesyuarat Lembaga hendaklah juga diadakan sekiranya─
                                (a) Suruhanjaya mengeluarkan arahan; atau
                                (b) Lima  orang anggota Lembaga membuat permintaan                        bertulis menyatakan perkara yang hendak dibincangkan.
                (4) Keputusan mesyuarat anggota Lembaga adalah sah walaupun─
                                (a) ketidakhadiran mana-mana anggota Lembaga;
                                (b) terdapat kecacatan yang kemudiannya diketahui dalam                     pelantikan atau kelayakan mana-mana anggota Lembaga                              atau pembentukan Lembaga;
                                (c) terdapat peninggalan, kecacatan atau salah aturan                              mesyuarat; atau
                                (d) kehadiran atau penyertaan seseorang yang bukan                              anggota Lembaga.
                (5) Lembaga boleh mengundang mana-mana orang ke mesyuarat─
                                (a) untuk memberi nasihat berkenaan dengan apa-apa                            perkara yang dibincangkan;
                                (b) tetapi orang tersebut tidak boleh mengundi; dan
                                (c) orang itu boleh dibayar elaun atau perbelanjaan lain                           sebagaimana yang ditentukan oleh Lembaga.
                (6) Semasa ketiadaan pengerusi, seorang daripada anggota                 Lembaga lain yang hadir boleh dipilih untuk mempengerusikan             mesyuarat.
Kuorum mesyuarat Lembaga
39. Kuorum mesyuarat Lembaga hendaklah melebihi satu perdua daripada bilangan anggota Lembaga  menurut undang-undang kecil 34.

Urusan mesyuarat Lembaga
40. Urusan mesyuarat Lembaga hendaklah termasuk yang berikut:
                                (a) mengesahkan minit mesyuarat Lembaga terdahulu;
                                (b) membincangkan perkara berbangkit;
                                (c) mengkaji, membincang, menimbang dan memutuskan di                                 mana berkenaan, perkara berikut:
                                                (i) keputusan mesyuarat agung dan menentukan                                       tindakan;
                                                (ii) laporan Jawatankuasa Audit Dalaman;
                                                (iii) laporan pengurusan;
                                                (iv) permohonan menjadi anggota Koperasi;
                                                (v) permohonan berhenti daripada menjadi                                                  anggota; dan
                                                (vi) permohonan pembiayaan Islam dan                                                       kemudahan kredit daripada anggota;
                                                (vii) permohonan menambah atau mengurangkan                                     ansuran pinjaman; dan
                                                (viii) permohonan menambah atau mengurangkan                                    caruman syer.
                                (d) membentang dan meluluskan kedudukan kewangan                         bulanan;
                                (e) mengkaji dan membincangkan projek Koperasi yang                         sedia ada dan subsidiari, jika ada; 
                                (f) mengkaji, membincang dan memutuskan cadangan                           projek baru Koperasi
                                (g) mengkaji, membincang dan memutuskan─
                                                (i) hal-hal perjawatan;
                                                (ii) program latihan pekerja; dan
                                                (iii) program pendidikan anggota.
                                (h) melantik Jawatankuasa Audit Dalaman di kalangan                            anggota menurut undang-undang kecil 49; dan
                                (i) menjalankan apa-apa urusan lain dengan memberi notis                   tidak kurang daripada tujuh hari.
 Undi anggota Lembaga
41           (1) Semua usul dan cadangan hendaklah diputuskan dengan majoriti                 mudah undi anggota Lembaga yang hadir.

                (2) Jika bilangan undi sama banyak, maka usul atau cadangan yang    diundi itu tidak diterima.
                (3) Seseorang anggota Lembaga yang ada percanggahan      kepentingan dalam perkara yang akan dipertimbangkan oleh                 mesyuarat hendaklah mengisytiharkan sepenuhnya kepada   Lembaga mengenai penglibatan atau percanggahan kepentingannya   dalam perkara itu dan tidak mengundi atau terlibat dalam        perbincangan mengenai perkara itu.
Buku minit mesyuarat Lembaga
42.          (1) Segala keputusan mesyuarat Lembaga hendaklah─                                          (a)  diminitkan dalam tempoh tujuh hari;
                                (b) ditandatangan oleh setiausaha mesyuarat itu; dan
                                (c) diedarkan kepada anggota Lembaga dalam tempoh                           empat belas hari.
                (2) Minit yang telah disahkan dalam mesyuarat berikutnya hendaklah   ditandatangani oleh pengerusi mesyuarat tersebut.
                (3) Minit bagi sesuatu mesyuarat Lembaga hendaklah diserahkan─
                                (a)  kepada Suruhanjaya menurut perenggan 14(1)(c) Akta;                     dan
                                (b) dalam tempoh tiga puluh hari selepas tarikh mesyuarat                     itu.
 Kuasa dan kewajipan Lembaga
43.          (1) Lembaga bertanggungjawab memastikan pentadbiran dan              pengurusan Koperasi dikendalikan dengan teratur, menurut                 subseksyen 44(1) Akta.

                (2) Bagi melaksanakan tanggungjawab menurut fasal (1), Lembaga    hendaklah mempunyai kuasa dan kewajipan yang berikut:
                                (a) melantik seorang pengerusi, setiausaha dan bendahari                    di kalangan anggotanya di dalam mesyuarat Lembaga yang                     diadakan menurut perenggan (b) fasal (1) undang-undang                     kecil 39;
                                (b) mengemukakan suatu senarai anggota Lembaga yang                     mengandungi butiran berikut:
                                                (i) nama;
                                                (ii) alamat kediaman;
                                                (iii) nombor kad pengenalan;
                                                (iv) tarikh keanggotaan;
                                                (v) pekerjaan; dan
                                                (vi) jawatan dalam Koperasi,
                                dalam tempoh lima belas hari selepas mesyuarat agung                        tahunannya kepada Suruhanjaya menurut perenggan                                            14(1)(a) Akta. Apa-apa perubahan tentang butiran                                      berkenaan hendaklah dimaklumkan kepada Suruhanjaya                                secara bertulis dalam tempoh lima belas hari dari tarikh                          berlakunya perubahan tersebut;
                                (c) menimbang dan menerima permohonan keanggotaan;
                                (d) meluluskan dan mengesahkan pemindahan dan                                                penebusan syer anggota;
                                (e) melantik─
                                                (i) seorang pegawai yang bergaji tetap; atau
                                                (ii) sebuah firma,
                                bagi menjalankan mana-mana daripada tugas setiausaha,                    jika perlu, dengan syarat pegawai yang dilantik itu tidak                  boleh menjadi anggota Lembaga;
                                (f) menyenggara akaun bagi wang yang diterima dan yang                      dibelanjakan atas nama Koperasi dengan benar dan betul;
                                (g) menyenggara akaun bagi harta dan liabiliti Koperasi                           dengan benar dan betul;
                                (h) membenarkan perbelanjaan, menyemak dan mengawasi                                 semua akaun, buku, rekod serta dokumen Koperasi yang                   disenggara, diuruskan dengan sempurna dan kemaskini;
                                (i) membentangkan kepada mesyuarat agung tahunan─
                                                (i) akaun perdagangan;
                                                (ii) akaun untung rugi;
                                                (iii) apa-apa penyata sebagaimana yang ditentukan                                  oleh Suruhanjaya;
                                                (iv) kunci kira-kira;
                                                (v) laporan Lembaga menurut subseksyen 59(3)                                        Akta;
                                                (vi) laporan juruaudit; danr
                                                (vii) pandangan Suruhanjaya mengenai akaun dan                                    kunci kira-kira, jika ada, bagi koperasi dan                                                         subsidiari;
                                (j)  membuat perakuan pembahagian keuntungan bersih                        dan pengisytiharan syer bonus Koperasi, jika ada kepada                          mesyuarat agung tahunan;
                                (k) mengambil tindakan sewajarnya ke atas penyata dan                         surat arahan Suruhanjaya atau wakilnya;
                                (l) membentang laporan Jawatankuasa Audit Dalaman                            dalam mesyuarat agung tahunan;
                                (m) memenuhkan jawatan kosong yang berlaku di dalam                        Lembaga, menggantung keanggotaan anggota dan anggota                         Lembaga serta menyingkirkan keanggotaan menurut fasal                     (2) undang-undang kecil 21 dan melucutkan jawatan                                           anggota Lembaga;
                                (n) memanggil mesyuarat agung menurut Undang-undang                     Kecil;
                                (o) membuat perjanjian bagi mendapatkan pinjaman                                               tertakluk kepada kelulusan mesyuarat agung;
                                (p)  melantik pekerja termasuk pengurus dengan                                       mengeluarkansurat rasmi yang mengandungi terma dan                             syarat perkhidmatan;
                                (q)  bertindak atas nama dan bagi pihak Koperasi atau                             melantik seseorang wakil bagi menyelesaikan segala                                   pertikaian Koperasi atau menjalankan dan memberhentikan                  mana-mana tindakan mahkamah;
                                (r) melabur wang berlebihan menurut keputusan mesyuarat                   agung dan tertakluk kepada peruntukan Akta dan Peraturan;
                                (s)  mengkaji dan merancang projek yang memberi manfaat                   kepada anggota dan Koperasi dengan melaksanakan projek                        mengikut keputusan mesyuarat agung;
                                (t) melaksanakan projek dan memberi peluang kepada                           anggota untuk─
                                                (i)  mengambil bahagian dalam pelaksanaan                                                             projek; atau
                                                (ii) menyumbangkan modal tambahan atau                                                                 simpanan khas sebagaimana yang dipersetujui;
                                (u) memasuki perjanjian bagi pihak Koperasi dan dimeterai                   dengan mohor Koperasi serta ditandatangani oleh                                        pengerusi, setiausaha dan bendahari atau orang lain yang                     diberi kuasa oleh Lembaga;
                                (v) melantik wakil di kalangan anggotanya untuk menghadiri                   mesyuarat mana-mana koperasi yang dianggotainya;
                                (w) menubuhkan jawatankuasa, jika perlu, bagi menjalankan                                 aktiviti Koperasi dengan sempurnanya dan mewakilkan                  kuasa kepadanya dari semasa ke semasa mengikut                                                keputusan Lembaga;
                                (x) membuat aturan aktiviti dari semasa ke semasa bagi                         pelaksanaan  aktiviti Koperasi dengan kelulusan mesyuarat                             agung dan mengemukakan satu salinannya dalam tempoh                    tiga puluh hari kepada Suruhanjaya menurut fasal (3)                                                 undang-undang kecil 9;
                                (y)  mencadangkan belanjawan termasuk elaun kepada                          anggota Lembaga dan Jawatankuasa Audit Dalaman untuk                    dibentangkan di mesyuarat agung tahunan Koperasi;
                                (z) mencadangkan saraan kepada anggota Lembaga yang                    dilantik sebagai pengarah bagi subsidiari Koperasi untuk                    dibentangkan di mesyuarat agung tahunan Koperasi;
                                (aa) mengawasi kecekapan, tatatertib dan daya usaha                             semua pegawai dan pekerja Koperasi dalam menunaikan                         tugas dan tanggungjawab mereka;
                                (bb) memastikan kerahsiaan maklumat perniagaan Koperasi                               dan anggotanya terpelihara; dan
                                (cc) melaksanakan tugas lain sebagaimana yang ditentukan                  oleh Akta, Peraturan, perintah, garis panduan, arahan                   Suruhanjaya, Undang-undang Kecil dan mesyuarat agung                      dari semasa ke semasa.
                (3)  Seseorang anggota Lembaga yang memegang suatu jawatan       atau memiliki sesuatu harta atau kepentingannya berkaitan               perniagaan dengan Koperasi yang, sama ada secara langsung atau   tidak secara langsung, suatu kewajipan atau suatu kepentingan yang    mungkin wujud, yang bercanggah dangan kewajipan atau       kepentingannya sebagai anggota Lembaga Koperasi ini hendaklah      mengisytiharkan di dalam mesyuarat Lembaga pertama yang                diadakan selepas:
                                (a)  Pelantikannya, atau
                                (b)  Dia memiliki harta atau perniagaan tersebut,
                                mengenai hakikat jenis dan takat percanggahan yang                                              mungkin berbangkit.

Liabiliti anggota Lembaga
44. Lembaga hendaklah berhemat dan bertekun seperti ahli perniagaan yang biasa dan hendaklah bertanggungan secara bersama dan berasingan bagi apa-apa kerugian yang ditanggung oleh Koperasi atas sebab kegagalan mereka berhemat dan bertekun sedemikian atau oleh sebab apa-apa perbuatan yang bertentangan dengan  peruntukan Akta, Peraturan, perintah atau Undang-undang Kecil ini serta aturan aktiviti yang dibuat di bawahnya atau arahan mesyuarat agungnya.

Tugas pengerusi
45.          (1) Pengerusi hendaklah menjalankan tugas seperti berikut:
                                (a) mempengerusikan semua mesyuarat Lembaga;
                                (b) mengawasi segala wang, harta dan perniagaan Koperasi                                dikendalikan mengikut dasar yang ditetapkan oleh                                    Lembaga;
                                (c) menandatangani minit mesyuarat yang disahkan;
                                (d) memperakui cabutan dan salinan dari rekod Koperasi,                      menurut Peraturan, bersama setiausaha melalui satu akuan                            yang bertarikh dan ditandatangani;
                                (e) memanggil sendiri atau melalui setiausaha, mesyuarat                     Lembaga, bila perlu;
                                (f) mengarahkan Jawatankuasa Audit Dalaman supaya                            memeriksa buku, rekod dan dokumen Koperasi pada bila-                              bila masa dan melaporkan kepada Lembaga;
                                (g) menandatangani permohonan pendaftaran kepada                            pindaan Undang-undang Kecil dan dokumen lain yang                                berkaitan bersama dua anggota Lembaga; dan
                                (h) menyelia secara am pentadbiran, hal-ehwal dan pekerja                   Koperasi.
                (2) Tugas pengerusi menurut perenggan (a) dan (b) fasal (1) boleh      diamanahkan kepada mana-mana anggota Lembaga, jika perlu.

Tugas setiausaha
46.          (1) Setiausaha hendaklah menjalankan tugas seperti berikut:
                                (a) memanggil dan menghadiri mesyuarat agung, mesyuarat                                 Lembaga dan mesyuarat jawatankuasa dan menyampaikan                            segala laporan dan dokumen untuk pertimbangan                                    mesyuarat-mesyuarat itu;
                                (b) merekodkan perjalanan dan keputusan sesuatu                                  mesyuarat;
                                (c) menyenggara dan mengemas kini semua daftar anggota,                                 daftar penama, buku dan laporan yang dikehendaki oleh                                 Lembaga;
                                (d) menguruskan surat-menyurat sebagaimana yang                                               diarahkan oleh Lembaga;
                                (e) mengesahkan bersama pengerusi salinan segala                                              perkara yang bertulis di dalam buku Koperasi;
                                (f) menyimpan dan menjaga dengan selamatnya mohor                          Koperasi; dan
                                (g) menjalankan tugas lain yang ditentukan oleh Lembaga                      dari semasa ke semasa.
                (2) Mana-mana tugas setiausaha boleh diamanahkan kepada               pengurus atau pekerja tertakluk kepada persetujuan Lembaga.
 Tugas bendahari
47.          (1) Bendahari hendaklah menjalankan tugas seperti berikut:
                                (a)  mengendalikan segala wang, harta dan perniagaan                          Koperasi mengikut dasar yang ditetapkan oleh Lembaga;
                                (b) menerima dan menjaga semua wang yang diterima oleh                  Koperasi dan membuat pembayaran mengikut arahan                   Lembaga;
                                (c) menyimpan ke dalam bank atas nama Koperasi semua                    wang yang diterima dalam tempoh dua puluh empat jam                            hari bekerja daripada penerimaannya;
                                (d) mengeluarkan resit, menyediakan baucar dan surat lain                    mengikut arahan Lembaga;
                                (e) menyimpan dalam Akaun Wang Runcit, wang sebanyak                    yang diluluskan oleh Lembaga untuk memenuhi                                                 perbelanjaan runcit dan perbelanjaan yang dibuat daripada                    akaun ini boleh diganti seberapa kerap yang perlu;
                                (f) menyenggara dan menyimpan akaun Koperasi dengan                      sempurna dan kemaskini supaya dapat diperiksa pada bila-                            bila masa oleh pihak berkuasa yang berkenaan;
                                (g) menyediakan akaun tahunan dan laporan tahunan                              Koperasi untuk dibentangkan dalam mesyuarat Lembaga;
                                (h) menyediakan belanjawan tahunan Koperasi dalam                             bentuk yang menunjukkan dengan jelas segala butiran                   pendapatan dan perbelanjaan untuk ditimbang oleh                                                 Lembaga sebelum dibentangkan dalam mesyuarat agung                   tahunan; dan
                                (i) menyediakan penyata pendapatan dan perbelanjaan                           Koperasi yang benar dengan secara dibutirkan satu persatu                         bagi sesuatu tempoh sebagaimana yang dikehendaki oleh                    Lembaga untuk dibandingkan dengan belanjawan bagi                  tempoh berkenaan yang telah diluluskan oleh mesyuarat                        agung.
                (2) Mana-mana tugas bendahari boleh diamanahkan kepada                 pengurus atau pekerja tertakluk kepada persetujuan Lembaga.

Jawatankuasa Audit Dalaman
48. Menurut subseksyen 42A(1) Akta, Jawatankuasa Audit Dalaman Koperasi hendaklah mengandungi tiga orang, terdiri daripada anggota yang dilantik oleh Lembaga, menurut perenggan (g) undang-undang kecil 41.
 Kelayakan menjadi Jawatankuasa Audit Dalaman
49. Tiada seorang pun layak menjadi Jawatankuasa Audit Dalaman atau kekal sebagai seorang Jawatankuasa Audit Dalaman jika dia─
                                (a) telah disabitkan atas suatu kesalahan di bawah Akta; 
                                (b) telah dipecat sebagai seorang pegawai sesuatu                                                 koperasi;
                                (c) menjadi anggota Lembaga Koperasi ini; atau
                                (d) menerima apa-apa pelantikan tetap yang bergaji dalam                     Koperasi ini.
 Tempoh memegang jawatan Jawatankuasa Audit Dalaman
50.          (1) Tempoh perkhidmatan semua anggota Jawatankuasa Audit             Dalaman ini adalah satu tahun atau sehingga mesyuarat agung    tahunan akan datang, yang mana terdahulu. Perkhidmatan mereka      boleh disambung semula setelah diputuskan oleh mesyuarat             Lembaga.
                (2) Kekosongan dalam Jawatankuasa Audit Dalaman hendaklah diisi                 oleh Lembaga dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh pengosongan           jawatan dengan melantik mana-mana anggota yang layak.
 Penamatan Jawatankuasa Audit Dalaman
50A. Seseorang atau kesemua Jawatankuasa Audit Dalaman boleh ditamatkan jawatannya oleh Lembaga jika dia –
                                (a) gagal berfungsi menurut fasal (2) dan fasal (4)                                     perenggan (b) dan (c) undang-undang kecil 52;
                                (b) gagal memastikan kerahsiaan maklumat perniagaan                         koperasi dan anggotanya terpelihara;
                                (c) menggunakan maklumat Koperasi untuk kepentingan                        peribadi; atau
                                (d)  melakukan perkara yang memudaratkan kepentingan                       Koperasi.

Kuasa dan kewajipan Jawatankuasa Audit Dalaman
51.          (1) Jawatankuasa Audit Dalaman hendaklah mempunyai kuasa-
                                (a) memeriksa segala rekod perakaunan dan rekod lain                          yang berhubungan secara langsung atau tidak langsung                               dengan Koperasi dan subsidiarinya, jika ada;
                                (b) memanggil mana-mana orang yang dikehendakinya                          supaya mengemukakan atau menyerahkan apa-apa                                         maklumat atau buku, akaun dan dokumen yang berkaitan,
                                bagi memastikan hal-ehwal dan perniagaan Koperasi                                             dijalankan mengikut matlamat penubuhan, Akta, Peraturan,                            garis panduan, Undang-undang Kecil, mana-mana undang-                  undang bertulis lain dan keputusan mesyuarat agung serta                         mesyuarat Lembaga.
                (2) Jawatankuasa Audit Dalaman hendaklah menjalankan tugas           seperti berikut:
                                (a) memastikan adanya kuasa dan kesahan bagi segala                         perbelanjaan;
                                (b) memeriksa akaun Koperasi pada lat-lat masa yang tetap                  dan tidak boleh kurang daripada sekali dalam tempoh tiga                          bulan;
                                (c) memberitahu Lembaga apa-apa ketakselarasan yang                        berlaku dalam pengurusan Koperasi dengan serta-merta;                          dan
                                (d) mengemukakan kepada Lembaga laporan mengenai                        pengurusan dan hal-ehwal Koperasi termasuk pelanggaran                         terhadap Akta, Peraturan atau Undang-undang Kecil.
                (3) Jawatankuasa Audit Dalaman, tertakluk kepada kelulusan                Lembaga dibayar upah, tetapi amaun upah itu tidak boleh melebihi                jumlah wang ditetapkan oleh mesyuarat agung. 
                (4) Jawatankuasa Audit Dalaman hendaklah─
                                (a) melantik dikalangan mereka seorang ketua;
                                (b) bersidang tidak kurang daripada empat kali setahun; dan
                                (c) mengemukakan laporan bertulis kepada Lembaga dan                     Suruhanjaya sekurang-kurangnya empat kali setahun.

BAHAGIAN VI
HARTA DAN WANG KOPERASI
Wang dan Kumpulan Wang Koperasi
52.         (1) Wang dan Kumpulan Wang Koperasi boleh mengandungi─
                                (a) fi masuk, syer dan yuran anggota;
                                (b) simpanan khas daripada anggota;
                                (c) pinjaman atau deposit daripada anggota dan bukan                            anggota;
                                (d) Kumpulan Wang Rizab Statutori;
                                (e) Akaun Rizab Modal;
                                (f)  Kumpulan Wang Penebusan Syer;
                                (g) derma dan pemberian tertentu;
                                (h) baki keuntungan terkumpul; dan
                                (i) kumpulan wang lain yang diluluskan oleh mesyuarat                           agung.
                (2) Kumpulan wang Koperasi selain daripada Kumpulan Wang Rizab Statutori boleh digunakan bagi melaksanakan aktiviti menurut fasal       (1) undang-undang kecil 9.
Modal syer
53.          (1) Menurut  perenggan 50(b) Akta,  setiap anggota  hendaklah              melanggan RM100.00 (Ringgit Malaysia: Satu ratus) syer sebagai                 sumbangan minimum yang hendaklah dijelaskan dalam tempoh yang                dinyatakan menurut fasal (2). Syer minimum ini tidak boleh    dikeluarkan kecuali selepas keanggotaan anggota itu tamat.
                (2) Tempoh menjelaskan syer minimum menurut fasal (1) adalah        sebagaimana berikut:
                                (a) seseorang yang turut sama dalam permohonan                                  pendaftaran Koperasi ini atau yang telah menandatangani                                 minit mesyuarat agung permulaan Koperasi hendaklah                           menjelaskan syernya dalam tempoh tiga bulan dari tarikh                            perakuan pendaftaran diterima oleh Koperasi; dan
                                (b) seseorang yang diterima menjadi anggota mengikut                          undang-undang kecil 15 hendaklah menjelaskan syernya                         dalam tempoh tiga bulan dari tarikh penerimaannya sebagai                              Anggota.
Yuran
53A     Yuran bulanan anggota seperti yang diperuntukkan menurut perenggan 50(c) Akta hendaklah sekurang-kurangnya RM30.00 (Ringgit Tiga Puluh) sebulan. Tiap-tiap anggota boleh membuat bayaran yuran yang lebih mengikut aturan jimat-cermat dan pinjam-meminjam yang dibuat oleh Lembaga dengan kelulusan mesyuarat agung.
Simpanan khas, deposit atau pinjaman
54.          (1) Koperasi boleh menerima daripada anggotanya:-
                                (a) simpanan khas seperti yang ditetapkan dalam aturannya                  dan wang ini boleh dikeluarkan dari semasa ke semasa;                                atau
                                (b) deposit  dan pinjaman.
                (2) Koperasi boleh, dengan kelulusan Suruhanjaya, menerima              deposit  atau pinjaman daripada bukan anggota Koperasi.
                (3) Fasal (2) tidak terpakai kepada deposit atau pinjaman yang              diberikan oleh kerajaan.
                (4) Pada setiap mesyuarat agung tahunan, Koperasi hendaklah─
                                (a) memberitahu anggotanya mengenai pinjaman daripada                    anggota menurut subseksyen 52(3) Akta; dan
                                (b) menetapkan had maksimum keterhutangan yang sedia                    ada dan yang baru akan ditanggung dalam tahun akan                            datang.
Pindahan syer
55.          (1) Seseorang anggota boleh memindahkan syernya yang melebihi     sumbangan minimum menurut fasal (1) undang-undang kecil 54 kepada anggota lain dengan menandatangani borang pemindahan     syer.
                (2) Pindahan syer tersebut hanya akan berkuatkuasa setelah                 didaftarkan oleh Koperasi.
                (3) Syer seseorang anggota yang mati boleh dipindahkan kepada         penama. Bagi anggota Muslim, pemindahan tersebut hendaklah             menurut fasal (1) undang-undang kecil 18.
                (4) Pemindahan syer tersebut hendaklah dibuat dalam tempoh enam bulan selepas kematian anggota itu.
Penyelesaian modal syer
56.          (1) Jika pemindahan syer tidak dapat dibuat menurut undang-undang kecil 56, bagi seseorang anggota yang tamat keanggotaannya oleh         apa-apa sebab jua pun, maka syernya yang diperihalkan di dalam        undang-undang kecil itu boleh dikeluarkan tertakluk kepada fasal (2).
                (2) Syer boleh ditebus dari Kumpulan Wang Penebusan Syer dan         Kumpulan Wang Rizab Statutori tertakluk kepada Peraturan. Nilai    tebusan syer ini hendaklah mengikut sebagaimana yang ditunjukkan dalam akaun teraudit terakhir bagi Koperasi akan tetapi tidak boleh       melebihi nilai asalnya.
                (3) Syer yang ditebus menurut fasal (2) boleh jika diluluskan oleh          mesyuarat agung, diterbitkan semula sebagai syer bonus.
Keuntungan modal
57.          (1) Menurut subseksyen 55 (1) Akta, semua keuntungan modal yang    diperolehi daripada perkara berikut hendaklah dikreditkan ke Akaun               Rizab Modal─
                                (a) penjualan tanah atau bangunan, atau kedua-duanya                           sebagai harta tetap; dan
                                (b) penilaian semula tanah atau bangunan, atau kedua-                          duanya, sebagai harta tetap, dengan kelulusan                                                 Suruhanjaya.
                (2) Keuntungan modal menurut perenggan (a) fasal (1) boleh, jika        diluluskan oleh mesyuarat agung, digunakan bagi semua atau mana-           mana maksud yang berikut:
                                (a) penerbitan syer bonus;
                                (b)  penghapusan kira kerugian terkumpul;
                                (c) penghapusan kira kerugian modal; dan
                                (d) pewujudan suatu Kumpulan Wang Penebusan Syer                           Bonus.
                (3) Syer bonus boleh diterbitkan menurut Peraturan berasaskan            kepada:-
                                (a) jumlah syer yang dipegang oleh tiap-tiap anggota; atau
                                (b) penerbitan semula daripada syer bonus yang ditebus,
                                dengan syarat:
                                                (i) syer menurut perenggan (a) dan (b), dipegang                                       dalam tempoh masa dua belas bulan sebelum                                                tarikh pengisytiharan syer bonus;
                                                (ii) nama anggota yang akan menerima syer itu                                          ada dalam daftar Koperasi pada tarikh                                                                 pengisytiharan syer bonus itu;
                                                (iii) semua kerugian terkumpul dan semasa telah                                      dihapuskira; dan
                                                (iv) buku dan rekod Koperasi telah disenggara                                            dengan memuaskan menurut pendapat                                                                 Suruhanjaya.
                (4) Syer bonus yang diterbitkan daripada keuntungan modal menurut   perenggan (b) fasal (1) boleh dengan kelulusan Lembaga─
                                (a) dipindahkan kepada anggota lain Koperasi ini;  atau
                                (b) dikeluarkan dalam hal anggota yang mati.
                (5) Pemindahan atau pengeluaran menurut fasal (4) dibayar daripada                 Kumpulan Wang Penebusan Syer Bonus Koperasi.
Kumpulan Wang Rizab Statutori
58.          (1) Menurut subseksyen 57(1) Akta, Koperasi ini hendaklah    menyenggarakan satu Kumpulan Wang Rizab yang kepadanya tidak       kurang dari 15% (lima belas peratus) dari keuntungan bersih                 terauditnya dan hendaklah dikreditkan..
                (2) Kumpulan Wang Rizab ini tidak boleh dibahagi-bahagikan dan        tiada anggota yang berhak menuntut apa-apa bahagian tertentu daripadanya.
                (3) Koperasi boleh membuat pembayaran balik syer daripada                Kumpulan Wang Rizab, dan pada setiap masa baki dalam    kumpulan wang tersebut hendaklah tidak kurang daripada limabelas                 peratus daripada jumlah syer dan yuran anggota Koperasi               berkenaan.
 Simpanan khas
59. Menurut perenggan 50(d) Akta, Koperasi boleh menerima simpanan khas daripada anggota tertakluk kepada terma dan syarat yang dibuat menurut fasal (4) undang-undang kecil 9 dan wang ini bolkeh dikeluarkan dari semasa ke semasa.
 Pinjaman luar dan deposit
60.          (1) Tertakluk kepada subseksyen 52(2), seksyen 52A Akta dan               Peraturan, Koperasi boleh menerima deposit atau meminjam wang                 daripada anggotanya dan dengan kelulusan Suruhanjaya, daripada     bukan anggota Koperasi.
                (2) Peruntukan fasal (1) tidak terpakai kepada deposit atau pinjaman   yang diberikan oleh Kerajaan.
                (3) Pada setiap mesyuarat agung, Koperasi hendaklah –
                                (a) memberitahu anggotanya mengenai deposit atau                                                pinjaman,  menurut subseksyen 52(3) Akta; dan
                                (b) menetapkan had maksimum keterhutangan yang sedia                     ada ada yang baru akan ditanggung dalam tahun akan                            datang.
 Pelaburan wang
61.          (1)  Wang berlebihan Koperasi boleh dilabur tertakluk kepada                peruntukan seksyen 54 Akta dan Peraturan.
                (2) Had maksimum yang boleh dilaburkan oleh Koperasi bagi               sesuatu maksud hendaklah ditentukan oleh mesyuarat agung.
Pemberian pinjaman oleh Koperasi
62.  Menurut seksyen 51 Akta, Koperasi boleh memberi apa-apa pembiayaan Islam atau kemudahan kredit lain kepada─
                                (a) Anggotanya, tertakluk kepada terma dan syarat-syarat                         yang ditetapkan dalam aturan yang diluluskan oleh                                        mesyuarat agung;
                                (b) pekerjanya, termasuk ketua pegawai eksekutif tertakluk                     kepada terma dan syarat perkhidmatan mereka; atau
                                (c) subsidiarinya atau koperasi lain, tertakluk kepada                                                kelulusan Suruhanjaya.
Pengagihan untung bersih teraudit
63.          (1) Keuntungan bersih teraudit Koperasi seperti yang ditunjukkan         dalam akaun untung rugi menurut seksyen 56 Akta, hendaklah             diagihkan, tertakluk kepada seksyen 57 Akta, seperti berikut:
                                (a) sebanyak mana yang ditentukan menurut fasal (2)                               undang-undang kecil 59 dipindahkan kepada Kumpulan                             Wang Rizab Statutori; dan
                                (b) sebanyak mana yang ditentukan dari semasa ke semasa                                 oleh Suruhanjaya dibayar kepada Kumpulan Wang Amanah                                 Pendidikan Koperasi dan Kumpulan Wang Amanah                                  Pembangunan Koperasi.
Disyaratkan bahawa menurut subseksyen 57(4) Akta, boleh ditolak apa-apa bayaran yang dibuat menurut perenggan (b)fasal (1) daripada jumlah wang menurut perenggan (a) fasal (1).
                (2) Selepas pengagihan menurut fasal (1), dan peruntukan cukai          pendapatan, jika ada, baki untung bersih teraudit, boleh digunakan             bagi semua atau mana-mana maksud yang berikut:-
                                (a) pembayaran potongan langganan;
                                (b) pembayaran dividen atas syer dan yuran anggota                                                sebagaimana yang ditentukan oleh arahan atau garis                                                panduan;
                                (c) pembayaran honorarium kepada anggota Lembaga yang                  tidak boleh, bagaimanapun, melebihi jumlah wang yang                            disyorkan oleh mesyuarat agung tahunan dan diluluskan                        oleh Suruhanjaya; atau
                                (d) pemindahan kepada pelbagai kumpulan wang untuk                          kebajikan  anggotanya dan masyarakat.
                (3) Pembayaran dividen daripada mana-mana sumber selain untung bersih teraudit bagi tahun kewangan itu tidak boleh dibuat kecuali   dengan mendapat kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada               Suruhanjaya, yang tidak boleh dalam mana-mana hal melebihi apa-       apa kadar maksimum sebagaimana yang ditentukan dalam arahan     atau garis panduan.
                (4) Menurut subseksyen 57(7) Akta, bayaran kepada perkara-perkara   menurut perenggan (b) fasal (1), fasal (2) dan (3), boleh dibuat hanya         jika semua kerugian terkumpul telah dihapuskira sepenuhnya.
                (5) Dengan kelulusan Suruhanjaya, Koperasi boleh, sekiranya               kerugian terkumpul tidak dihapuskira sepenuhnya, menggunakan     untung bersih terauditnya untuk pembayaran dividen kepada anggotanya yang tidak boleh melebihi lima peratus daripada jumlah syer atau yuran anggota, menurut subseksyen 57(8) Akta.
Dividen dan potongan langganan
64.          (1) Kadar dividen yang dibayar atas syer dan yuran kepunyaan               seseorang anggota pada enam bulan sebelum akhir tahun kewangan menurut Peraturan, hendaklah tidak melebihi sepuluh peratus kecuali                 dengan kelulusan Suruhanjaya. Seseorang yang namanya tidak ada              di dalam daftar nama anggota Koperasi pada tarikh akhir tahun             kewangan yang berkenaan tidak layak menerima dividen.
                (2) Dividen hendaklah dikreditkan ke akaun modal yuran anggota          sekiranya anggota itu tidak meminta dibayar kepadanya secara tunai         dalam tempoh tiga puluh hari dari tarikh dividen itu diisytiharkan.
                (3) Potongan langganan boleh diberi hanya jika langganan     seseorang anggota tidak kurang daripada RM1,000.00 (Ringgit                 Malaysia: Satu ribu) dalam tahun kewangan yang berkenaan.

BAHAGIAN VII
AKAUN DAN AUDIT
Tahun kewangan
65. Tahun kewangan Koperasi ini bermula pada satu  haribulan  September   dan berakhir pada tiga puluh satu haribulan Ogos setiap tahun.
 Penyenggaraan akaun
66.          (1) Menurut seksyen 58 Akta, Lembaga hendaklah menyenggara          dengan sempurna dan kemaskini rekod perakaunan dan rekod lain              mengenai tiap-tiap transaksi dan kedudukan kewangan Koperasi dan                 subsidiarinya, jika ada, yang berkaitan dengan─
                                (a) harta tetap, pelaburan dan deposit;
                                (b) syer, yuran serta simpanan khas yang dicarum oleh                           anggota; dan
                                (c) aktiviti yang dijalankan.
                (2) Catatan dalam rekod perakaunan dan rekod lain menurut fasal (1)                 hendaklah dibuat dengan seberapa segera tetapi tidak lewat daripada tiga puluh hari dari selesai sesuatu transaksi, menurut           subseksyen 58(2) Akta.
                (3) Penyediaan akaun iaitu akaun perdagangan, untung rugi dan           kunci kira-kira hendaklah dibuat dengan seberapa segera tetapi tidak              lewat daripada dua bulan selepas tamatnya tahun kewangan supaya dapat diaudit.
                (4) Akaun menurut fasal (3) yang telah diaudit hendaklah         dibentangkan di dalam mesyuarat agung tidak lewat daripada enam     bulan selepas tamatnya tahun kewangan itu.
                (5) Rekod perakaunan menurut fasal (1) hendaklah disimpan─
                                (a) di pejabat berdaftar Koperasi pada sepanjang masa atau                                 di mana-mana tempat lain yang difikirkan patut oleh                                             Lembaga, menurut subseksyen 58(4) Akta; dan
                                (b) selama enam tahun selepas diaudit menurut Peraturan.
                (6) Rekod ini boleh diperiksa oleh anggota pada bila-bila masa             mengikut syarat pemeriksaan yang ditetapkan oleh Lembaga.
                (7) Lembaga boleh melantik mana-mana individu atau firma untuk       mengemaskinikan rekod perakaunan bagi memastikan rekod      tersebut dapat diaudit dalam tempoh yang ditetapkan.
                (8) Suruhanjaya boleh, menurut subseksyen 58(5) Akta, dalam kes      tertentu memerintahkan supaya rekod perakaunan Koperasi               diserahkan untuk diperiksa oleh seseorang juruaudit yang bertindak    bagi pihak seseorang anggota atau pegawai.
                (9) Suatu senarai terperinci butiran perbelanjaan Lembaga dan             bayaran kepada atau bagi pihak anggota individu Lembaga dan      jawatankuasa hendaklah dimasukkan dalam nota kepada akaun          untung rugi Koperasi, menurut Peraturan.
Resit dan baucar
67.          (1) Resit-resit Koperasi hendaklah dikeluarkan bagi semua wang         atau penerimaan lain seperti cek dan wang pos yang diterima. Resit     itu hendaklah  ditandatangani oleh bendahari atau pegawai yang          diberi kuasa oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
                (2) Baucar hendaklah disediakan bagi setiap pembayaran yang            dibuat oleh Koperasi. Baucar tersebut hendaklah ditandatangani atau            diluluskan oleh bendahari atau pengurus serta disahkan oleh               pegawai yang diberi kuasa oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
Pelantikan dan kewajipan juruaudit
68.          (1) Lembaga hendaklah melantik seorang juruaudit mengaudit akaun                 Koperasi, menurut subseksyen 60(1)Akta.
                (2) Juruaudit yang dilantik menurut fasal (1) hendaklah dipilih oleh        mesyuarat Lembaga daripada panel yang diluluskan oleh mesyuarat             agung dan mengemukakan satu salinan suratcara pelantikan              kepada Suruhanjaya, menurut Peraturan.
                (3) Juruaudit berkewajipan untuk mengaudit akaun dan rekod                Koperasi dan hendaklah memberi laporan mengenai penyata 8              kewangan yang dikemukakan oleh Koperasi selepas berakhirnya         tahun kewangan itu untuk perhatian Suruhanjaya serta anggota       Koperasi, menurut seksyen 63 Akta.
Penyerahan buku dan dokumen untuk diaudit
69. Menurut Peraturan, suatu senarai buku dan dokumen Koperasi hendaklah disediakan oleh Koperasi dan diserahkan kepada juruaudit untuk ditandatangani sebagai pengakuan penerimaannya. Sesalinan senarai itu hendaklah disimpan oleh Koperasi.
 Mengemukakan penyata kewangan dan laporan kepada anggota
70. Satu salinan penyata berikut hendaklah disampaikan kepada tiap-tiap anggota tidak lewat daripadalima belas hari sebelum mesyuarat agung tahunan─
                                (a) akaun  perdagangan;
                                (b) akaun untung rugi;
                                (c) apa-apa penyata sebagaimana yang ditentukan oleh                          Suruhanjaya;
                                (d) kunci kira-kira dan laporan Lembaga mengenai                                   kedudukan hal-ehwal Koperasi dan subsidiari yang telah                             dikemukakan untuk mendapat pandangan Suruhanjaya,                          menurut subseksyen 59(2) Akta;
                                (e) laporan juruaudit; dan
                                (f) laporan Jawatankuasa Audit Dalaman.

BAHAGIAN VIII
PELBAGAI
Akaun bank
71. Akaun bank bagi Koperasi hendaklah diuruskan oleh mana-mana orang iaitu pengerusi atau setiausaha dan bendahari atau dua orang pegawai lain yang diberi kuasa oleh Lembaga dari semasa ke semasa.
 Mohor Koperasi
72.          (1) Koperasi hendaklah mempunyai satu mohor. Mohor ini tidak boleh dimeteraikan di atas mana-mana surat melainkan dengan keputusan Lembaga. Pengerusi, setiausaha dan bendahari atau pegawai-pegawai lain                 yang diberi kuasa oleh Lembaga dikehendaki menurunkan               tandatangan mereka di atas tiap-tiap surat yang hendak          dimeteraikan.
                (2) Dokumen yang diperbuat atas nama Koperasi sama ada dimeteraikan atau tidak, dan ditandatangan dengan sahnya oleh                 pengerusi, setiausaha dan bendahari atau pegawai lain yang diberi     kuasa oleh Lembaga hendaklah disifatkan mengikat ke atas Koperasi      sehingga sebaliknya dibuktikan.
Pertukaran alamat anggota
73. Tiap-tiap anggota hendaklah memberitahu setiausaha akan pertukaran alamatnya dalam tempoh tiga puluh hari. Semua surat kepada anggota yang dihantar dengan pos atau dikirimkan kepada alamatnya yang terakhir hendaklah dianggap sebagai telah disampaikan.
Penyediaan dokumen untuk diperiksa
74.          (1) Menurut seksyen 13 Akta, Koperasi hendaklah menyediakan            perkara berikut yang terbuka untuk diperiksa oleh anggota Koperasi               sahaja tanpa apa-apa bayaran, pada masa-masa yang munasabah    di alamat berdaftar Koperasi─
                                (a) suatu salinan Akta dan Peraturan atau perintah, arahan                     atau garis panduan;
                                (b)  suatu salinan Undang-undang Kecil dan akaun teraudit                    yang  terakhir;
                                (c)  suatu senarai anggota;
                                (d)  suatu senarai anggota Lembaga;
                                (e) nama ketua pegawai eksekutif, jika ada; dan
                                (f) suatu senarai pegawai Koperasi yang berkenaan dengan                  pengurusan Koperasi, jika ada.
                (2) Koperasi hendaklah juga menyediakan aturan aktiviti untuk               diperiksa oleh anggota, jika ada.
 Penyerahan tugas
75. Penyerahan tugas hendaklah dilakukan secara bertulis apabila berlaku pertukaran bagi apa-apa jawatan dalam Koperasi dan disempurnakan dalam tempoh tidak lewat daripada empat belas hari selepas berkuatkuasanya pertukaran itu.
 Laporan oleh seseorang yang dilantik mewakili Koperasi
76.          (1) Seseorang yang dilantik untuk mewakili Koperasi di dalam apa-      apa  mesyuarat, seminar, forum atau lawatan sambil belajar atas          perbelanjaan Koperasi   sama ada di dalam atau di luar negeri,            menurut Peraturan, hendaklah  mengemukakan laporan ringkas   kepada mesyuarat agung tahunan yang akan datang yang terawal        diadakan bagi Koperasi.
                (2) Jika orang itu gagal mengemukakan laporan, dia hendaklah            membayar balik semua perbelanjaan yang telah ditanggung oleh Koperasi. Koperasi berhak mendapatkan balik setiap perbelanjaan     tersebut seolah-olah ianya suatu hutang yang kena dibayar kepada          Koperasi.
 Pelantikan Yang Dipertua
77. Lembaga boleh melantik seorang kenamaan sebagai Yang Dipertua kepada Koperasi. Dia hanya bertindak sebagai penaung dan boleh menghadiri mana-mana mesyuarat yang diadakan oleh Koperasi tetapi tidak mempunyai hak untuk mengundi.
 Pertikaian
78.          (1) Segala pertikaian menurut subseksyen 82(1) Akta, yang    menyentuh hal penubuhan, Undang-undang Kecil, pemilihan                 pegawai, perjalanan mesyuarat  agung, pengurusan atau perniagaan                 Koperasi hendaklah dirujuk kepada Suruhanjaya, menurut Peraturan.
                (2) Mana-mana anggota yang dibuktikan telah membuat pengaduan    atau merujukkan pertikaiannya kepada mana-mana orang selain         daripada Suruhanjaya hendaklah dianggap telah bertindak dengan      cara yang memudaratkan kepentingan Koperasi dan boleh dikenakan          tindakan menurut undang-undang kecil 23.
                (3) Segala pertikaian selain daripada yang dinyatakan menurut              subseksyen 82(1) Akta hendaklah dirujuk kepada mesyuarat agung                Koperasi untuk penyelesaian. Apa-apa pertikaian yang tidak dapat        diselesaikan hendaklah diputuskan oleh Suruhanjaya dan        keputusannya adalah muktamad.
Pemeliharaan kerahsiaan
79.  Anggota Lembaga, pegawai, pekerja, juruaudit atau mana-mana orang yang mempunyai akses kepada maklumat mana-mana anggota yang diperolehi dalam melaksanakan perniagaan atau tugas dengan Koperasi, tidak boleh digunakan untuk kepentingan peribadi dan tidak boleh dizahirkan kepada mana-mana orang tanpa izin anggota melainkan yang dibenarkan oleh undang-undang bertulis.
Pembubaran
80. Koperasi hanya boleh dibubarkan dengan perintah Suruhanjaya.
Akta, Peraturan dan Undang-undang Kecil
81.          (1) Undang-undang Kecil ini adalah dibuat menurut Peraturan               dan         hendaklah tertakluk kepada peruntukan Akta dan Peraturan. Apa-apa             pindaan kepada Undang-undang Kecil ini tidak boleh dibuat   melainkan dengan kehendak atau kebenaran Suruhanjaya. Aturan           aktiviti tidak boleh dibuat melainkan dengan kelulusan mesyuarat         agung.
                (2) Apa-apa urusan Koperasi hendaklah tertakluk kepada Akta,              Peraturan dan Undang-undang Kecil serta aturan aktiviti dan         hendaklah dibaca bersekali.
 Undang-undang Kecil hendaklah mengikat anggota
82. Menurut seksyen 17 Akta, Undang-undang Kecil ini hendaklah mengikat  Koperasi dan anggotanya sehingga takat yang sama seolah-olah Undang-undang Kecil ini telah ditandatangani oleh tiap-tiap anggota dan mengandungi waad pada  pihak tiap-tiap anggota bagi dirinya sendiri dan bagi penggantinya untuk mematuhi  segala peruntukan Undang-undang Kecil ini.
 Diakui Undang-undang Kecil ini telah dibentang, dibincang dan diterima di dalam mesyuarat agung permulaan Koperasi Keluarga Wan Kelthum Kuala Terengganu  Berhad bertarikh xx / xx /2016.